Sunday, October 17, 2010

Selamat Hari Lahir Anak-anakku....


Muhammad Ryanfitri ~~> ulangtahun yang ke-3
tarikh lahir masehi : 09.10.2007 (October) jam : 10:09pm (Selasa)
tarikh lahir hijrah : 27.09.1428 (Ramadhan)
tempat dilahirkan : PPUM

::::: Aku ingat tahun ni nak buat sambutan hari lahir Ryan sekali dgn Mukhtar... JIMAT!!! tetapi di atas lakonan dari Ryan terpaksa kami buat untuknya..x sampai hati...lakonan apa?hahahaaa...dia telah menggunakan props cermin muka & peluru pistol mainan yg bergetah tu...kalo tembak pada permukaan licin akan melekat (kaedah sedutan)...
:::::: Cermin muka itu mesti dlm kedudukan rata/telentang/flat kemudian peluru getah tu akan dilekatkan di atas cermin muka tersebut...maka jadilah 'SEBIJI KEK'...hehehee...pastu Ryan akan pergi pada setiap org untuk tiup lilin (peluru) atas kek (cermin muka) itu...sangat simbolik kan??? so..dgn rasa x sampai hati kiteorg telah sepakat membawa berkat untuk mengadakan majlis hari lahir Ryan secara kecil-kecilan pada keesokan harinya...

::::: Hari yang dinanti telah tiba..Ryan sangat teruja dgn kek hari lahirnya...nasib baik x de kek BEN 10...heheheee...kami menyanyikan beramai2 lagu birthday tu...kami nyanyikan lagi..dan lagi..dan lagi...selagi kek tu x disimpan atau masih ada kat atas meja..selagi tu le dia mahukan nyanyian lagu 'happy birthday' dan klimaksnya dia meniup lilin yang dah haus itu..OK!masa nyanyian lagu 'happy birthday' tu...Ryan akan menari2 sambil tepuk tangan...sgt TERUJA tahap IMPAK MAKSIMA!!! aku & family dah x larat nak nyanyi...untuk hari tu je hampir 12 kali nyanyian lagu 'happy birthday' dinyanyikan....sangat letih dan x bleh blah....so dgn buah fikiran yang bijak...aku simpan kek tu dlm peti ais...fuhhh....selamat!penat jugak le layan nyanyi lagu tu...apepun yang pasti Ryan sgt gembira hari tu walaupun x de hadiah dari aku..huhuhuhhuu...(nanti mama beli ye...)

Muhammad Mukhtar ~~> ulangtahun yang pertama
tarikh lahir masehi : 19.10.2009 (October) jam : 05:03am (Isnin)
tarikh lahir hijriah : 29.10.1430 (Syawal)
tempat dilahirkan : HKL

::::: FYI, birthday Mukhtar pun aku buat gak...tapi seperti biasa le...Ryan yang lelebey...
tapi memandangkan pengalaman lalu cukup mengajar aku utk terus simpan kek tersebut setelah lilin itu ditiup..so x de masalah sgt lah...itupun Ryan tanya "Ma..nak yuyu..(lagu birthday...happy birthday to you..)"...aku ckp dah abis...hahahahaaa...SELAMAT! kalo x masak nak nyanyi je...apepun, Mukhtar terus tido lepas acara tiup lilin...penat sgt...

so ucapan untuk anak-anak MAMA....
"semoga ALLAH memberi kesihatan yang sempurna, permudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan, jadikan mereka itu anak yang SOLEH dan yang paling utama berikan diriku ini kesabaran dalam menempuhi kehidupan sabagai seorang IBU yang baik kepada Ryan&Mukhtar...amin"

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir