Wednesday, November 3, 2010

ASMARA


Korang tahu x bernikah dengan wanita/perempuan yang sedang mengandung sebab zina adalah haram/tidak sah!!!sebab aku baca sini & sini...dan aku x tahu kenapa drama kat TV suka sangat memaparkan kisah anak perempuannya ditebuk tupai dan kemudian mencari pak sanggup untuk menutup malu dr kejadian itu?
Tindakan menikahkan anak perempuannya yang sedang mengandung dengan pak sanggup adalah tidak sah!!
Hidup kita kena berlandaskan hukum Allah...kenapa lepas cerai/kematian suami mesti ada tempoh iddah untuk wanita?korang faham x ape yang aku cuba nak sampaikan?

Aku x tau kenapa benda mcm ni pun masyarakat Islam kita boleh sambil lewa dengan hukum yang Allah buat...dan perkara ini sangatlah berleluasa dalam masyarakat kita...ngandung je..cari pak sanggup...ngandung je..cari pak sanggup...cari pak sanggup je ngandung...sedangkan tindakan itu salah dan boleh membawa kepada dosa yang berterusan....

Kenapa dosa berterusan? sebab pernikahan itu tidak sah..bila tidak sah...hubungan asmaradana itu tidak halal dan dianggap berzina....takutkan? kalo 20 thn kawin...selama 20 thn la dieorg berzina? nauzubillah...jauhkan lah dari anak cucu serta keturunan kita kan...

Tujuan iddah adalah nak memastikan rahim/saluran peranakan perempuan suci dari sebarang janin...supaya bila mengandung x de la was2 anak siapakah yang dikandungkan itu...
mmg ada pencanggahan pendapat dari para ulamak/ustaz/imam...tapi lebih baik nikah setelah beranak supaya tidak berlaku sebarang masalah, kerumitan atau was2 dalam satu ikatan pernikahan itu...kan???

Sebab tu la kalo perempuan yang mengandung diceraikan suami, tempoh iddahnya adalah selepas melahirkan anak...jadi tolonglah fikir secara logik dengan hukum Allah itu...setiap hukum yang Allah tentukan ada sebab musababnya...

Aku harap sangat la, ada pihak2 tertentu dapat memperbetulkan mentaliti orang melayu kita ni...sebab ini ia bukan satu budaya tau..ia melibatkan hukum yang Allah telah buat dan seolah2 kita membelakangkan hukum Allah itu...

Lagi satu, korang perasan x kes buang bayi selalunye dalam bulan aug, sept & seterusnya..sebab dieorang melakukan zina pada hari2 yang istimewa...contoh : krismas, tahun baru, valentine day...itu pada pandangan aku la...wallahu'alam...


7 comments:

CeeKeen said...

itu lah..budak2 skang nih berani2...

zurazari said...

mmg da berleluasa da skrg nie... kalo kater nak bg info or pengajaran mcm tak sampai jer.. wallahualam:p

hamba allah said...

sorry nak intrupt sket...

bukanya nak menyokong gejala kawen pak sanggup ni. patutnya penzina da kena hukum sebat/rejam sampai mati kalo ikut hudud. tak payah nak kaver2 ngn pak sanggup nii..

cuma nak kongsi dari apa yg saya belajar:
hukum nikah dengan perempuan mengandung anak zina adalah sah..kerana dioarang tak de tempoh iddah sbab perbuatan zina adalah tidak diiktiraf mcam pernikahan yang sah..
yang tak sah nya jika wanita tu tengah mengandung dari hasil perkahwinan sah yang sebelumnya..tu baru kira wanita itu dalam tempoh iddah (iaitu smpai lahir anak tuu)..

nak tau lebih lanjut tengok link ni dari ust. zaharuddin...

wallahua'lam..

hamba allah said...

lupa plak nak paste link:

http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/469-hukum-nikah-wanita-hamil-anak-luar-nikah.html

ujee said...

terima kasih hamba allah di atas teguran itu...
Sesungguhnya yg baik itu dr Allah dan yang kurang baik itu drku sendri....
Nanti saya akan perbetulkan entry ya...

Terima kasih skali lg....

:: cadbury :: said...

aku rs ade pcanggahan pdpt jugak ni..tp kita selagi boleh elakkan berzina..
dah Allah haramkan,malah minta dijauhkan..sbbnya akn timbul sgala mslh + kesulitan nti..
ttg nasab ank itu..hak dia sbg anak, x dpt jd wali + x dpt diwalikan..mcm2 lg la..
so kesimpulannya, jgn menghampiri zina...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam...kina ada jugak tahu pasal benda nie. tapi dah ramai yg melencong dari akidah. kes mengandung cari pak sanggup tue dah mcm budaya. mmm.... masyaallah.

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir