Sunday, November 14, 2010

kenduri


Mainan itu bukan kepunyaan peribadi...itu pasal lah kejakunan terserlah...aku telah mengkategorikan mainan untuk Ryan terdapat 2 jenis...

1. mainan heavy duty : mainan khas untuk dicampak, dibaling, diterajang, ditelungkup dan yang sewaktu dengannya...dan setelah aksi 18sg dilakukan terhadap mainan itu..keadaan mainan itu seperti sediakala tiada sebarang kerosakan atau kecederaan...risiko mainan ni..kalo mainan tu x cedera..Ryan yang cedera...dah le tu...rumah dah mcm ada aktiviti kontraktor pecah dinding je...bising..mcm2 bunyi...terhentak sana...tercampak sini..tergolek sinun...aduhaiii....itu le anakku Ryan...yang x reti duduk diam..asik le dipenuhi dgn aktiviti bersilat, wrestling, tomoi....etc...FYI, kekdg mainan tersebut dimainkan dgn cara yang x sepatutnya...cth : mainan ala2 basket ball version budak kecik...dgn kekretifan Ryan mainan tersebut dijadikan raksasa dan dia adalah Ultraman...maka bermulalah detik pertarungan hebat itu...hmm...
2. mainan bersel kering : merupakan mainan yang berdigital & berbateri dan mainan tersebut mmg jangka hidupnya tidak lama kerana layanan yang diberi adalah sama dengan mainan heavy duty..kalo aku beli mesti x sampai esok dah 6 jahanam...bila dah rosak...sibuk suruh aku betulkan bg bunyi balik...tu pasal aku mmg x beli mainan berunsur kan bateri ni.....huhuhuhuu...x sempat nak bg Mukhtar main...sian Mukhtar...

So, weekend hari tu gi kenduri rumah akak aku...Ryan telah berjaya menyelongkar mainan yang ada dengan jayanya...dan dengan tekunnya dia telah menelaah mainan tersebut...so...Mamanya leh lah bersuka ria dengan gemilangnya..hahahhaaa...sebab x perlu nak jaga Ryan...bukan apa..masa akak aku buat open house raya lepas...selamba je si Ryan pergi ke playground seorg diri..dah le jauh tmp tu dalam 40-50m....punyelah cuak kiteorg satu family...siap buat misi mencari Ryan yang hilang...ntah bila masa dia ke tmp tu pun aku x tau...

SO, bagi mengelakkan kehilangan anak semasa majlis2 keramaian diadakan dan bagi memudahkan Mak Bapak participate dalam hal2 bergotong royang semasa kenduri, terdapat sedikit tips yang boleh digunapakai secara marathon....
1. pastikan anak kita bermain2 dengan rakan sebaya serta di perhatikan oleh orang dewasa..(itu pun kalo org dewasa tu sanggup nak melayan..kalo x..jwbnya Mama dia jugak le kena jaga..huhuhuhhuu...x leh nak beronggeng....)
2. sediakan/belikan mainan kesukaannya...supaya dia leka dan duduk pada satu2 tmp dengan brg mainan kesukaannya...
3. bukakan TV/portable cd mengikut rancangan/cd kesukaannya seperti kartun ke..ultraman ke...
4. bagi yang jenis pemakan...sediakan makanan kesukaannya supaya dia dapat bagi perhatian pada aktiviti pemakanannya itu...kalo boleh biar makanan yang penuh halangan berduri, lambat skit nak abis..cth: kuaci..kacang parang, kacang tanah, gula-gula bantal cap udang tu....hahahaa...(budak kecik mkn kuaci...?huh!)
5. tinggalkan bersama dengan mereka yang suka pada bebudak...kiranya org tu mmg suka dengan bebudak lah...dia leh layan budak tu main...bergusti...berkuda...orang mcm ni mmg ada aura..secara otomatik bebudak akan suka pada dia...

Selalunya, kanak-kanak cepat bosan pada satu2 aktiviti, tetapi, sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah ke satu jam kita sempat lah nak bantu mana yang perlu masa majlis diadakan kan? X le duduk ngadap anak je...baru ada anak kecik dah x boleh nak buat keje...hehehe...

Tapi, bagi para ibubapa yang malas nak participate dlm hal2 berewang, bergotong royong atau bantu-membantu, tolongmenolong untuk menjayakan kenduri tu...senang je...gunakan je alasan ada anak kecik..so, korang ngadap la anak korang..x perlu buat kerja kan? huh!sunguh kurang rajin....heheheee....


1 comments:

M@iRaB@bY said...

hahah...best2 petua nie...

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir