Friday, January 21, 2011

1st TupperwareVille GiveAway

jom join sini
tarikh tutup 31.01.11
Owner TupperwareVille iaitu Cik Hafiza Iskandar sgt bermurah hati kerana menganjurkan GA dengan hadiah yang sudah pastinya produk Tupperware jugak...cuma x umumkan secara terperincilah mangkuk ke..botol air ke...tmp letak bawang ke...heheheee...
Tupperware mengeluarkan pelbagai produk simpanan makanan khususnya.  Ada tmp simpan beras, jug air, tmp simpanan makanan yang mudah di bawa...dan macam2 lagi...
ini sebahagian je..kalo nak tgk lebih detail klik sini
brand Tupperware merupakan brand yang sudah lama bertapak dan diterima oleh semua golongan termasuklah aku..hehehee..atas dasar apa produk ni terkenal?....secara umumnya terdapat beberapa ciri Tupperware yang menjadikannya satu brand yang gah...iaitu
berkualiti yang menjamin keselamatan pengguna kerana bahan/material yang digunakan untuk menghasilkan produk ini dari bahan bebas toxic, bebas kimia dan selamat.serta tiada kesan terhadap makanan di dalam bekas tersebut.
mesra alam dimana dapat mengurangkan penggunaan polistrin, plastic bag dan yang seangkatan dengannya
selamat untuk digunakan dalam microwave 
warna yang menyerlah memberi imej yang moden, menarik & segar
rekaan terkini lagi innovatif serta praktikal dalam pengunaan seharian

paling aku suka bekas yang boleh disimpan dengan kemas dan tersusun dalam ruang tertentu contoh peti ais, kitchen cabinet dan sebagainya

TETAPI
dalam banyak2 produk Tupperware dari kedai TupperwareVille yang paling aku gemar 
antara sebab musababnya ialah....
setiap mangkuk tersebut ada penutupnya...risiko lalat nak bertelur dalam lauk yg terhidang  sangat lah tipis...menyukarkan kerja-kerja lalat nak menternak telur or nak berendam dalam lauk tu..hehehee...
kalo pakai tupperware yang aku cadangkan tadi, confirm lalat frust!

selain itu, dengan penggunaan tuperware tersebut kerja menyusun atur lauk di atas meja menjadi lagi mudah, kenapa? sebab x perlu nak adjust lauk tu mengikut size tudung saji yang digunakan...terpaksa susun bertindih nak bagi muat tudung saji tu...dah tindih2 tumpah plak lauk kari dalam sup ayam..hehehee...jd apa lauk tu..jadila lauk kasup...apa yg aku merepek ni...

" makcik...saya nak tempah tudung saji besar meja makan 4 org ada x? "
makcik itu pun menjawab dgn sopan..." er...er..kalo beso sgt larat ke ko nak angkat tudung saji tu? "
aku pun menjawab dalam hati..." ye x ye jugak kan?aku ni nampak je gagah..tp kalo hari2 nak gune tudung saji utk tutup lauk mmg berotot le tgn aku yg belah kanan..."

keistimewaan tupperware pilihan aku tu ialah rekaan penutup dimana terdapat ruang rongga nak letak sudu & senduk...kawasan letak sudu tersedia ada walaupun bertutup... secara automatiknya tutup mangkuk tidak akan lari alignmen malah tertutup rapat & kemas walaupun mempunyai sudu/senduk....memudahkan proses menceduk lauk..lagi2 tgh kebulur kan?hehehe...

bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil produk ini mmg sangat sesuai utk digunakan kerana tahan lasak...kalo terjatuh tidak mudah pecah
rasanya itu sahaja hujahan dari aku selama 5hari 4mlm...heheheee...kalo nak cerita lagi mmg x abis pasal Tupperware ni...bak kata shopaholic...'alah membeli menang memakai' kalo korang minat nak tau lebih lanjut...contact Cik Hafiza  Call/SMS : 0124665282
Email : awan.terbang@yahoo.com

  • soalan dari owner yg perlu dijawab ya kalo nak join GA ni
  • - Sudah menjadi ahli tupperware? tidak
  • - Berminat untuk mendapatkan barangan Tupperware? ya
  • - Dimana selalu membeli barangan tupperware? jiran kat kampung
so kalo nak join GA ni sila klik sini
tarikh tutup 31.01.11
nota kaki : sebahagian gambar adalah dr sumber mr google dan sebahagian lagi adalah dari pihak penganjur..harap maklum...

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir