Friday, January 14, 2011

Elhyatt Bizz Collections Giveaway

jom join..klik banner ya!
tarik tutup 18.01.11
giveaway ini dianjurkan oleh elhyatt4u.blogspot.com
yang diusahakan oleh Puan Norhayati dan mempunyai showroom di Denai Alam, Shah Alam
elhyatt4u.blogspot.com menyediakan pakaian muslimah yang modern, selesa serta berpatutan.

antara pakaian muslimah yang dijual adalah Jubah, Blouse, Hijab/Tudung, Baju Kurung serta untuk kanak-kanak pun ada iaitu jubah kanak-kanak...

antara pakaian muslimah yang aku gemar adalah 
Kod : TN 5102
Saiz : S, XL sahaja
Warna : Merah jambu (babypink) polkadot
Jenis Kain : Kapas berkualiti tinggi
Harga EBC: RM48
Harga VVIP EBC : RM45 + 9cp
Kemasan : Rekaan T-Shirt Nursing ini menggunakan gabungan fabrik kapas bermutu tinggi berwarna hitam untuk bahagian dada dan fabrik berwarna merah jambu (babypink) bercorak polkadot hitam kecil yang comel. Kolar teluk belanga dengan butang bungkus yang boleh dibuka dan bahagian dada dijahit berlapis dengan fabrik merah di dalamnya bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Hujung lengan cekak bergetah, dan mempunyai poket di sisi kanan baju. Cantik, praktikal dan sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena aksesorinya atau untuk aktiviti-aktiviti santai.

banyak sebab kenapa aku suke baju ni
antaranya;-

gabungan warna merahjambu & hitam sangatlah menarik & modern..x caya tgk gambar from mr. Google...
cube tgk shirt kat bawah ni...CUN kan?

aku masih mempunyai anak kecil yang menyusu badan dan untuk menyusukan anak di tempat awam mmg menjadi satu halangan untuk aku bersuka ria berwindow shopping sekiranya aku tidak mengenakan baju yang praktikal untuk menyusukan bayi.
nampak aurat kan?malu woo...kalo kat rumah lain cite lah...
so dengan rekaan yang boleh dibuka dan bahagian dada dijahit berlapis dengan fabrik merah (bg menutup bahagian dada & perut  yang terdedah) di dalamnya bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi
konsep t-shirt nursing lebih kurang mcm gambar di bawah ye...
 
selak pada bahagian yang perlu sahaja....so, boleh le diriku ini beronggeng tanpa risau kalo baby nak breast feed..kan?

lagi satu yang aku suka dengan baju ini  ialah...Hujung lengan cekak bergetah
sebab senang nak buat kerja-kerja tertentu...cekak lengan sampai ke siku...buat le ape yang patut tanpa comot..antara aktiviti yang mencomotkan itu ialah...
aktiviti memasak...kang terbakar lengan baju tu kan kalo x cekak sampai kesiku..


aktiviti melibatkan air: basuh tangan & cuci pinggan akan menjadi mudah dengan rekaan baju tersebut..x de lah basah lengan baju tu...kan?
last but not least, aktiviti wajib..iaitu makan...lengan baju x kotor lah kalo nak amik lauk kan?kiranya dapat mengekalkan kebersihan dalam apa jua keadaan sekalipun..chewahhh!

rekaan pocket di kiri kanan baju tersebut mamang sangat praktikal semasa tgh dukung baby...pastu nak cari kunci dalam beg tgn yg mcm karung guni tu...alamatnye setengah jam le baru jumpe...so dgn adanya kemudahan pocket di kiri & kanan baju memudahkan para ibu yang sedang mendukung baby untuk mengambil objek2 yang sukar di capai dengan lebih mudah lagi...betul x?
contoh posisi pocket tersebut...thank mr.gugel!

jangan lupa korang leh review kat SINI kalo nak tengok rekaan2 baju muslimah yang ada...
harga berpatutan
ada size xxxxl
rekaan modern
rekaan yang selesa mengikut cara Islam
rekaan yang terkini tetapi masih mengekalkan cara Islam

so dengan t-shirt muslimah nursing ni...x perlu risau untuk bersosial disamping anak2 yang masih menyusu....
apa lagi..jom rembat sehelai...hehehehee...
ini gambar berangan ye..hehehehe
jom join SINI
tarikh tutup 18.01.11

tag: eza, kak rod & tim

6 comments:

- GC - said...

gambar breast feeding tu, malu aiiii.. haha..

shekechik said...

tahniahhhh..akak mnang..hehe

cikpuanhady said...

tahniah dear..u menang..

Jom join :Ada 2 contest yang boleh disertai

Jom skodeng :Pendapatan Sampingan Berblog dengan HeartBeat.my

Mama Zharfan said...

congrats for winning the 1st prize yer!!

tiefazatie said...

tahniah sis!mmg mantap la!

N@di@ said...

nadia datang ucapkan tahniah kat dear :D

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir