Tuesday, February 1, 2011

baby & me shopping style contest

jom join sini
tarikh tutup 07.02.11

sebelum tu..kita tengok hadiahnya dulu...

1 x Tempat Pertama (Hadiah-hadiah bernilai RM248)
1 x Weego Bottles bernilai RM69 dari Baby Ibu Shoppe
1 x Domain bernilai USD10 dari Hafiy.com
1 x Voucher bernilai RM50 dari 3f (Sewfabby)
1 x Voucher bernilai RM50 dari Gewecun's Closet
1 x Aksesori Wanita bernilai RM49 dari Baby & Me 

1 x Tempat Kedua (Hadiah-hadiah bernilai RM188)
1 x Victoria's Secret Body Mist in Amber Romance bernilai RM50 dari Redjambu.com
1 x Voucher bernilai RM30 dari 3f (Sewfabby)
1 x Voucher bernilai RM30 dari Gewecun's Closet
1 x Aksesori Wanita bernilai RM49 dari Baby & Me 
1 x Inner T-shirt bernilai RM29 dari Sumijelly.com

1 x Tempat Ketiga (Hadiah-hadiah bernilai RM95)
1 x Aksesori Wanita bernilai RM36 dari Baby & Me
1 x Inner T-shirt bernilai RM29 dari Sumijelly.com
1 x Voucher bernilai RM20 dari 3f (Sewfabby)
1 x Voucher bernilai RM10 dari Gewecun's Closet

6 x Hadiah Saguhati 
1 x Voucher bernilai RM10 dari 3f (Sewfabby)

gambar tersebut ialah....
berjaya jugak bergambar masa shopping...thanks En Suami...dia dok pelik..buat tebiat apa bini aku ni nak snap2 pic kat sini..hahahaha....mcm x pernah dtg sini..padahal hari2...hehehe...aku x bgtau pun gambar di atas adalah bertujuan utk contest...
Nama Aku : Ujee
Nama Anak Aku & Umur : Muhammad Ryanfitri (3y 3m) & Muhammad Mukhtar (1y 3m)
Hubungan dengan Anak Aku : anak beranak


Style yang aku utamakan dalam bershopping adalah selesa, ringkas dan kemas...


selesa : memberi keselesaan semasa bershopping terutama sessi nak test baju or seluar kan? x perlu mengambil masa yg lama di fitting room...hehheee...selesa ketika hendak mendukung anak kecil...tudung pun x de brooch yg besar2 or tajam2...selain itu material fabrik juga penting dalam memberi keselesaan kpd para ibu untuk mengekalkan kesegaran & make-up dimuka supaya tidak cair akibat panas dgn fabrik tersebut..hehehee...
ringkas : jeans & t-shirt yang ringkas (warna hitam mmg kesukaan aku...hrp maklum..heheee..), memudahkan untuk aku bergerak dan berlari (kalo kena kejar bebudak ni..hehehee..) sling bag salah satu faktor yang yang memudahkan kerja2 para ibu dalam bershopping bersama2 anak2 yg aktif...begitu juga dgn kasut...aku pakai sandal crocs je...
kemas : kemas dipandangan mata suami supaya x le org lain tgk.."Bini siapa yang comot tu..?" aww x kuasa akakkk....hehehee...


bagi anak-anakku pulak, masih mengekalkan ciri2 selesa, ringkas & kemas...


bagi baby yang belum pandai berjalan, bodysuit adalah style yang paling sesuai untuk peringkat umur mereka kerana sekali sarung je...hehhee..x panas, mudah dikendalikan semasa sessi menyalin diaper...pemilihan kasut yang lembut dan ringan penting utk baby yang belum pandai berjalan...


bagi anak yang berumur 2 thn ke atas aku lebih menggemari seluar panjang utk anakku kerana, untuk peringkat umur tersebut adalah sangat aktif berlari2, sekiranya jatuh secara tidak langsung penggunaan seluar panjang itu akan mengurangkan lagi risiko luka di bahagian lutut....sandal merupakan salah satu style yang mudah dan ringkas...utamakan sandal yang tidak licin kerana ditakuti jatuh di tempat2 yang licin....


Bagaimana anda dapat bershopping dan melayan kerenah anak dalam masa yang sama.

sebelum tu, aku nak cerita skit lah...semenjak aku ada anak ni, aktiviti bershopping memang sangat terhad...kalo keluar pun setakat beli barang kegunaan harian je....kalo nak beli barang yang memerlukan aku kaji, selidik, (ala2 CSI plak) compare harga ke... tawar menawar ke....memang aku tak akan bawak bebudak 2 orang tu...hehehe...
Memandangkan anak2 ku itu agak aktif & huru hara...hahhahaa...Terdapat beberapa tips untuk melayan kerenah anak semasa bershopping...tapi shopping cara aku lah...
aku akan terangkan secara berperingkat mengikut kebiasaan yang aku lakukan...ini bukan dari mana2 pakar ya...hehehe...dari start shopping sampai selesai....hehehehe..yang pasti penggunaan troli adalah wajib lagi2 troli yang ala2 kereta tu...tp mende tu sekejap je leka, x lama...sebab dah biasa duduk dalam tu..

Kebiasaannya, aku dan Suami akan membeli barang keperluan harian terlebih dahulu...semasa membeli brg keperluan harian, aku akan memberi peluang pada anakku itu untuk memilih makanan kegemarannya sendiri..seboleh-bolehnya makanan yang berkhasiat ya...supaya dia tidak merasa tersisih & gembira untuk menyertai bersama dalam memilih barang2 lain yang perlu walaupun bukan brg pilihannya...
dapat je kehendak hatinya....thumbs up!hehehee..
Selepas selesai membeli barang keperluan harian, aktiviti membeli barang kehendak pulak seperti pakaian/kasut/bag or yang berkaitan....
brg kehendak ini merupakan barangan yang memerlukan masa untuk meneliti, menilai serta menimbang tara dari segi kesesuaian dan kemampuan....so..memandangkan ia memerlukan masa..heheheee....tips/teknik yang perlu untuk anakkku itu mestilah sesuatu yang boleh melekakan dalam tempoh tertentu...korang teka apa? heheheee...aiskrim or lolipop...huhuhuhhhuu...x berkhasiat kan? tp x enjoy le zaman bebudak kalo x layan mende tu..bukan selalu pun....
dapat aiskrim mmg x hengat dunia...
sekiranya salah seorang masih tidak dapat brg kehendak yang dihajati, tips/teknik lain akan digunakan...iaitu memberi anakkku itu main dgn kemudahan toys yang disediakan oleh shopping kompleks seperti kereta token or play center...yang mana teknik ni boleh diaplikasikan seberapa lama yang boleh sehingga aku/Suami selesai membeli brgan tersebut....mudahkan? cth,  Suami akan menunggu anakku itu bermain dengan kereta token tersebut...manakala aku berjimba2 pegi membeli brg dgn tenangnya...heheheee....begitule sebaliknya...
bagi 3 hari 2 mlm pun x de masalah nak layan mainan ni..aku le kopak dok insert token je...huhuhhuu
masalah akan timbul pula sekiranya, tgh syok2 main skali aku/Suami dapat brgan yang diidamkan dengan sepantas kilat...x sangka plak cepat kan? warna, size, rekaan memenuhi citarasa...confirm tgh syok main2 dia melalak x nak turun dari kereta token tu kan? or tak nak keluar dari playcentre tu.... dah satu keje lak nak pikir teknik yang seterusnya..anda x perlu risau gundah gulana..(dah mcm iklan tv lak) terdapat satu lagi tips/teknik untuk mengaburi mata anakku itu dari terus alpa dengan dunia mainannya....iaitu...ajak makan kat McD...er...bergantung kpd ketaksuban anak korang ye..anak aku suka McD....kalo suke KFC bwk gi mkn kat sana...so korang kena peka kesukaan anak2 korang ye...hehehe...
sampai tahap peluk....nasib baik x mintak bawak balik...
so bila selesai sessi mengisi perut, sudah tentu penat & kenyang kan? mata pun mesti ngantuk & nak tido....masa ni adalah masa terbaik untuk pulang ke rumahku syurgaku...heheheee...

amacam? ok x tips yang aku bagi...tapi tips ni sesuai untuk ke shopping kompleks lah...kalo nak pegi jalan tunku abdul rahman...chow kit... petaling street....ada gak tipsnya...tips nya...tinggalkan anak anda di rumah mertua..atau saudara terdekat....kalo ada maid, lagi senang...x perlu tips2 kat atas tu...suruh maid yang jaga bebudak tu...tapi kita kena ushar2 gak maid tu..buat dia bawak lari...menangis x berlagu...hehehee...

Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada
Photobucket
Photobucket

sesiapa berminat nak tunjuk skill bershopping dgn anak2 sila lah join sini
tarikh tutup 07.02.11

1 comments:

izani said...

miss d moment shoppin in msia...anak2 mkn eskrim...sambil shoppin...beli jajan...yg pasti makan kat luar kekeke...chick rice shop...dsb huhuhu.....sdapnye...

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir